global

5 maut dalam kebakaran

Oleh AFP

HANOI: Sekurang-kurangnya lima maut manakala tiga lagi dilaporkan hilang dalam satu kebakaran besar yang membabitkan beberapa gudang dan kilang di Hanoi, Vietnam, awal pagi tadi.

AFP yang memetik Agensi Berita Vietnam melaporkan, kejadian itu memusnahkan kilang memproses tong kitar semula dan gel silika serta gudang menyimpan produk sejuk beku dan kayu, lapor Agensi Berita Vietnam.

“Pihak berkuasa menemui lima mayat dan mengeluarkannya dari bengkel. Mereka masih mencari tiga mangsa yang hilang,” lapor media itu.

Beberapa gambar di lokasi menunjukkan anggota bomba mengeluarkan mayat

dari kawasan yang kelihatan musnah sepenuhnya.

Saksi berkata, kejadian itu berlaku dengan pantas disebabkan api yang terlalu marak memusnahkan bangunan.

“Api dari bengkel itu semakin marak dalam tempoh 20 minit dan tiada sesiapa yang berani mendekati kerana keadaan terlalu bahaya,” kata Vu Van Can kepada portal berita VnExpress.

Disiarkan pada: April 12, 2019 @ 3:07pm
d