global

20 maut serangan bom Taliban

Oleh AFP

QUETTA, PAKISTAN: Jumlah orang yang terbunuh dalam kejadian letupan di sebuah pasar buah di sini, hari ini meningkat kepada 20 orang.

Manakala 48 orang dilaporkan cedera akibat letupan yang mensasarkan etinik minoriti Shia Hazara, kata pihak berkuasa.

AFP melaporkan, anggota badan mangsa yang berkecai bertaburan di lokasi kejadian sementara mangsa terselamat menjerit meminta pertolongan.

Kumpulan Taliban di Pakistan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu memberitahu mereka bekerjasama dengan kumpulan militan Lashkar-e-Jhangvi.

Disiarkan pada: April 12, 2019 @ 8:09pm
d