global

Rakyat Nepal tak boleh main PUBG

Oleh AFP

KATHMANDU: Nepal mengharamkan permainan dalam talian popular PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) kerana bimbang kesan terhadap kanak-kanak.

Pihak berkuasa telekomunikasi Nepal mengeluarkan

pekeliling kepada semua penyelia perkhidmatan internet, semalam untuk menyekat PUBG susulan arahan daripada mahkamah Kathmandu.

“Kami memohon perintah daripada mahkamah untuk mengharamkan permainan itu selepas menerima aduan daripada ibu bapa, penjaga dan pihak sekolah.

“Permainan itu dikatakan memberi kesan fizikal kepada remaja dan pelajar,” kata pegawai kanan polis, Dhiraj Pratap Singh kepada AFP.

Permainan ciptaan firma Korea Selatan, Bluehole Inc sudah dimuat turun lebih 100 juta kali di seluruh dunia sejak dilancarkan pada 2017.

Disiarkan pada: April 12, 2019 @ 8:31pm
d