global

Warga Kanada maut jatuh 12 meter

Oleh AFP

BANGKOK: Seorang warga Kanada mati selepas terjatuh dari ketinggian 12 meter ketika melakukan aktiviti sukan lasak flying fox di sebuah tempat pelancongan terkenal di Chiang Mai, Thailand, kata polis hari ini.

AFP melaporkan, kejadian dipercayai selepas abah-abah yang dipakai pada badan mangsa berusia 25 tahun itu secara tiba-tiba terputus.

Mangsa dikatakan bercuti di Thailand bersama isterinya dan melakukan sukan lasak itu di Flight of the Gibbon.

“Dia terjatuh ketika meluncur pada tali. Semua bukti sudah dihantar ke pejabat forensik,” kata Mejar Polis daerah Mae On, Sakarin Wiratsaken sambil menjelaskan setakat ini tiada individu yang didakwa atas kemalangan itu.

Wakil syarikat lokasi pelancongan itu memberitahu, kawasan terbabit kini ditutup sementara kepada orang ramai susulan insiden malang berkenaan.

Disiarkan pada: April 16, 2019 @ 3:34pm
d