global

Ibu ditahan protes vaksin China

Oleh AFP

BEIJING: Seorang aktivis kesihatan China ditahan lebih sebulan selepas dia mengambil bahagian dalam bantahan terhadap vaksin salah, kata suaminya hari ini.

He Fangmei ditahan di bawah ‘tahanan jenayah’ di pusat tahanan Xinxiang di wilayah tengah Henan, menurut dokumen polis yang disiarkan atas talian oleh suaminya, Li Xin.

He, 33, berkata anak perempuannya didiagnosis dengan penyakit neurologi selepas menerima suntikan untuk hepatitis A, campak dan penyakit lain, menyertai protes terhadap vaksin salah di Beijing pada awal Mac lalu.

Dia kemudian ditahan polis tempatan di wilayah Henan dan didakwa kerana melakukan pertengkaran dan menimbulkan masalah iaitu alasan yang sering digunakan pihak berkuasa China untuk menangkap aktivis.

“Dia masih belum dibebaskan. Tangkapan itu menyebabkan proses untuk memulihkan anak perempuan kami tertunda.

“Kami berharap pihak berkuasa dapat memenuhi janji mereka untuk melepaskan He Fangmei lebih awal, dan membolehkan kami membawa anak ke doktor,” katanya.

Polis tempatan di bandar Huixian tidak memberi sebarang komen.

Sehingga Januari, sekurang-kurangnya 145 kanak-kanak dirawat akibat menerima vaksin polio yang tamat tempoh di China timur iaitu kurang dari setahun selepas pengilang utama ubat jangkitan rabies didapati mempunyai rekod palsu.

Disiarkan pada: April 17, 2019 @ 3:55pm
d