global

Bekas Presiden Peru bunuh diri

Oleh Agensi

LIMA: Bekas Presiden Peru, Alan Garcia mati ketika dirawat di hospital di sini semalam selepas menembak kepalanya sendiri.

Seorang pegawai parti bekas pemimpin itu berkata, Garcia menembak kepalanya ketika polis tiba di rumahnya untuk menahannya atas tuduhan rasuah.

Garcia yang menafikan melakukan sebarang salah laku berusia 69 tahun.

Disiarkan pada: April 18, 2019 @ 12:46am
d