global

Calon presiden Guatemala bantu kartel dadah?

Oleh AFP

NEW YORK: Seorang calon presiden Guatemala didakwa berkomplot untuk mengimport dadah kokain ke Amerika Syarikat (AS) dalam usaha mendapatkan dana kartel bagi membiayai kempen pilihan rayanya, kata Jabatan Keadilan semalam.

AFP melaporkan, Mario Amilcar Estrada Orellana berdepan dakwaan itu bersama rakan komplot, Juan Pablo Gonzalez Mayorga selepas mereka ditahan pihak berkuasa di Miami, kata jabatan itu menerusi satu kenyataan.

“Seperti yang didakwa, Estrada dan Gonzalez berkomplot untuk mendapatkan wang daripada Kartel Sinaloa bagi membiayai kempen secara kotor untuk memilih Estrada sebagai Presiden Guatemala.

"Sebagai balasan, kedua-duanya yang didakwa itu berjanji untuk membantu kartel terbabit menggunakan pelabuhan dan lapangan terbang di Guatemala untuk mengeksport bertan-tan dadah jenis kokain ke AS,” kata pendakwa raya AS, Geoffrey Berman.

Agensi Penguatkuasaan Dadah AS (DEA) sudah menjalankan siasatan terhadap kegiatan itu sejak Disember tahun lalu.

Disiarkan pada: April 18, 2019 @ 11:33am
d