global

Potong jari undi parti

Oleh AFP

NEW DELHI: Hanya kerana tersilap pangkah parti, seorang lelaki hilang akal dan memotong jari telunjuknya menggunakan pisau pemotong daging, semalam.

Dalam video yang tular di media sosial, Pawan Kumar mengakui keliru dengan simbol parti di mesin pengundian elektronik.

Katanya, dia secara tidak sengaja terpilih parti Perdana Menteri Narendra Modi dan bukannya parti pembangkang Bharatiya Janata di Uttar Pradesh.

Jari telunjuk setiap pengundi ditandakan dengan dakwat kekal sebaik selesai mengundi, lapor AFP.

Satu lagi video menunjukkan sebilah pisau di luar tandas dan Kumar menunjukkan tangan yang sudah dibalut.

“Saya mahu undi gajah, tetapi terpilih bunga. Saya balik rumah dan terus potong jari menggunakan pisau,” katanya.

Semalam hari kelima pilihan raya India dan akan berlangsung sehingga 19 Mei ini.

Disiarkan pada: April 19, 2019 @ 8:12pm
d