global

Turki tahan dua pengintip UAE

Oleh AFP

ISTANBUL: Pihak berkuasa Turki menahan dua orang disyaki pengintip Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Istanbul, kata agensi berita rasmi Anadolu, hari ini.

Agensi itu berkata pegawai Turki sedang menyiasat sama ada dua warga UAE itu mempunyai kaitan dengan pembunuhan wartawan Saudi Jamal Khashoggi.

Seorang pengkritik rejim Saudi, Khashoggi dibunuh pada 2 Oktober di konsulat Saudi di Istanbul oleh 15 ejen yang dihantar dari Riyadh. Mayatnya tidak pernah ditemui.

Disiarkan pada: April 19, 2019 @ 9:01pm
d