global

Polis terkejut jumpa 40,000 pokok ganja

Oleh Agensi

CALIFORNIA: Pihak berkuasa tergamam apabila menemui 40,000 pokok ganja bernilai AS$20 juta (RM82.65 juta) di sebuah ladang gergasi berhampiran Riverside, semalam.

Polis menyerbu ladang haram yang terletak di McAllister Street itu selepas menerima aduan bau busuk kuat dari premis itu.

Menurut Daily Mail, ladang itu tersorok kerana dikelilingi pokok dan hanya terdapat beberapa rumah di kawasan berkenaan.

Ladang itu dikatakan bekas nurseri dan polis mendapati pokok kanabis ditanam dalam beberapa rumah hijau.

Bagaimanapun, tiada orang berada di premis terbabit ketika serbuan dan polis menemui tempat tinggal pekerja.

Beberapa buah kereta, traktor, jentera ‘forklift’, racun serangga dan baja turut ditemui di ladang berkenaan.

Disiarkan pada: April 20, 2019 @ 10:52pm
d