global

Polis Sri Lanka sahkan letupan berhampiran zoo negara

Oleh Reuters

COLOMBO: Polis Sri Lanka hari ini melaporkan terdapat tujuh letupan, yang keempat di sebuah hotel, susulan enam kejadian dilaporkan di hotel dan gereja sebelum ini yang mengorbankan hampir 140 orang.

Letupan terbaru dilaporkan berlaku di sebuah hotel berhampiran zoo negara, juga di kawasan yang berhampiran ibu kota Colombo.

“Terdapat satu letupan di sebuah hotel di Dehiwela berhampiran zoo,” kata jurucakap pihak berkuasa kepada Reuters sambil menambah, tiada butiran lanjut diterima.

Bercakap kepada stesen televisyen tempatan, seorang saksi di tempat kejadian berkata dia melihat beberapa anggota badan termasuk kepala yang terputus berada di atas tanah berhampiran hotel.

Pegawai zoo mengisytiharkan zoo berkenaan ditutup selepas kejadian letupan.

Disiarkan pada: April 21, 2019 @ 5:43pm
d