global

Manila dilanda gempa

Oleh Reuters

MANILA: Satu gempa bumi berukuran magnitud 6.3 menggegarkan tengah Filipina hari ini, kata Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Reuters melaporkan, gempa direkodkan sejauh 60 kilometer barat laut Manila pada kedalaman 40 kilometer.

Seorang saksi berkata, kejadian itu menyebabkan beberapa bangunan pejabat bergoyang hingga memaksa kakitangan mengosongkan premis berkenaan.

Menurut USGS, pada awalnya gegaran berlaku lebih kuat iaitu magnitud 6.4 namun berkurangan selepas itu.

Bagaimanapun, tiada insiden kematian dan kemusnahan yang dilaporkan susulan gempa itu.

Disiarkan pada: April 22, 2019 @ 6:14pm
d