global

Polis Sri Lanka jumpa 87 alat peledak

Oleh Agensi

COLOMBO: Polis Sri Lanka menemui 87 alat peledak di stesen bas utama di Colombo hari ini, sehari selepas serangan bom di hotel dan gereja mengorbankan 290 orang dan mencederakan 500 orang yang lain, kata seorang jurucakap.

Reuters melaporkan, pasukan keselamatan masih meneruskan operasi untuk memburu dalang di sebalik serangan itu.

Sehingga kini, tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan bom terbabit.

Semalam, Sri Lanka digegarkan dengan lapan serangan bom ketika penduduk beragama Kristian di negara itu menyambut Hari Easter.

Polis memberitahu, serangan bom itu berlaku di tiga buah gereja yang penuh dengan pengunjung, empat hotel mewah dan sebuah rumah.

Disiarkan pada: April 22, 2019 @ 6:44pm
d