global

10 maut, 30 kanak-kanak cedera dirempuh polis

Oleh AFP

KANO, NIGERIA: Seramai 10 orang terbunuh dan 30 lagi cedera apabila kereta dipandu seorang anggota polis merempuh sekumpulan kanak-kanak di timur laut Nigeria, kelmarin.

 

Sejurus kemalangan itu berlaku, anggota yang tidak bertugas terbabit diserang orang ramai sehingga maut, lapor AFP.

 

Jurucakap polis Mary Mallum berkata, anggota itu merempuh perarakan yang meraikan sambutan Easter di Gombe, Ahad lalu

 

"Seramai 10 maut, termasuk polis terbabit dan juga rakannya yang adalah anggota paramilitari.

 

"Kami dimaklumkan kedua-dua anggota itu diserang dan mereka dibunuh orang ramai," katanya.

 

Menurut Mary, kejadian itu menyebabkan 30 kanak-kanak cedera dan siasatan masih dilakukan.

 

Saksi kejadian memberitahu AFP, pemabdu kereta itu bertengkar dengan sekumpulan kanak-kanak yang kemudian memberi laluan kepadanya untuk lalu.

 

"Bagaimanapun, dia naik darah dan terus merempuh mereka. Dia sengaja melakukannya," katanya.

 

.

Disiarkan pada: April 23, 2019 @ 11:58am
d