global

Jeneral Le Duc Anh meninggal dunia

Oleh AFP

HANOI: Pemimpin parti Komunis dan bekas presiden Vietnam yang mengetuai pencerobohan Kemboja sehingga membawa kejatuhan rejim Khmer Rouge, Jeneral Le Duc Anh meninggal dunia pada usia 99 tahun.

Duc Anh lahir pada 1920, menghabiskan sebahagian besar hidupnya di selatan Vietnam dan menyertai perang komunis melawan Perancis dan Amerika Syarikat.

Duc Anh meninggal lewat malam tadi kerana sakit tua, menurut media kerajaan dan negeri.

Antara 1992 hingga 1997 dia berkhidmat sebagai presiden dengan memperjuangkan keutamaan parti Komunis.

Pada 1995, Duc Anh menjadi ketua negara Vietnam pertama ke Amerika Syarikat selepas Perang Vietnam ketika dia menghadiri ulang tahun ke-50 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York

Dia diingati kerana memainkan peranan dalam pencerobohan Kemboja sehingga mengusir Khmer Rouge Pol Pot dari Phnom Penh pada 1978 dengan jolokan ‘Tiger of Cambodia.’

Penghormatan untuknya dijangka akan diadakan.

Disiarkan pada: April 23, 2019 @ 3:24pm
d