global

Jumlah korban Sri Lanka cecah 310 orang

Oleh AFP

COLOMBO: Angka korban akibat serangan pengebom berani mati di Sri Lanka meningkat kepada 310 orang dengan beberapa orang meninggal dunia disebabkan tercedera, kata jurucakap polis, hari ini.

Menurut Ruwan Gunasekera dalam satu kenyataan, kira-kira 500 orang cedera dalam serangan itu.

Katanya, pihak berkuasa Sri Lanka sudah menahan 40 orang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan. Kerajaan Sri Lanka menuduh kumpulan Thowheeth Jama’ath Kebangsaan (NTJ) bertanggungjawab di atas serangan itu.

Disiarkan pada: April 23, 2019 @ 3:31pm
d