global

10 maut, jip masuk empangan

Oleh AFP

LUBUMBASHI: Sepuluh orang termasuk lapan pelajar pelatih dikhuatiri maut selepas jip yang dinaiki jatuh ke dalam empangan di stesen hidro Nzilo di tenggara Republik Demokratik Congo, kata ketua loji itu, hari ini.

Sewaktu loji itu ingin ditutup semalam, sebuah kereta membawa 11 pekerja berada di luar kawalan sehingga terkeluar dari jalan utama dan berguling beberapa kali sebelum jatuh ke dalam empangan, kata ketua loji hidroelektrik, Henry Tchibanze kepada AFP.

Loji kuasa itu terletak kira-kira 30 kilometer di barat bandar Kolwezi.

“Kami dapat menyelamatkan seorang mangsa dan menarik keluar dua mayat dari air.

“Mangsa terselamat memberitahu, terdapat 11 orang di dalam jip termasuk tiga pekerja Snel dan lapan pelatih,” kata Adolphe Mwenzi dari penyedia elektrik nasional Snel.

Menurut akhbar Congolese, pelatih berkenaan adalah pelajar dari universiti teknikal ISTA di Lubumbashi.

Disiarkan pada: April 23, 2019 @ 9:25pm
d