global

15 terbunuh dalam insiden bom

Oleh AFP

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh manakala berpuluh lagi orang awam cedera dalam insiden bom di bandar Jisr al-Shughur, barat laut Syria hari ini, kata pemerhati perang.

Kejadian itu turut mengakibatkan sebuah bangunan empat tingkat runtuh di wilayah Idlib yang dikuasai oleh bekas sekutu Al-Qaeda di Syria.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, 13 orang daripada mangsa yang maut itu membabitkan orang awam.

“Letupan itu berlaku bersebelahan pasar dan 15 orang yang maut termasuk anak perempuan pejuang Turkestan,” kata ketua pemerhati itu, Rami Abdel Rahman.

Katanya, letupan itu mungkin dicetuskan daripada bom kereta atau kenderaan lain yang membawa bom sebelum ia diletupkan.

Disiarkan pada: April 24, 2019 @ 8:52pm
d