global

Pendaki Malaysia terkandas

Oleh AFP

KATHMANDU: Seorang pendaki Malaysia dilaporkan terkandas berhampiran puncak Gunung Annapurna, Nepal selepas terpisah dengan pendaki lain ketika menuruni gunung itu, kata penganjur ekspedisi.

AFP melaporkan, pendaki berusia 48 tahun itu tiba di puncak berketinggian 8,100 meter itu bersama sekurang-kurangnya 31 pendaki lain semalam, namun gagal pulang semula ke kem berhampiran, kira-kira satu kilometer di bawah puncak.

“Kami masih belum dapat maklumat jelas mengenai keadaannya namun pemandu arah memberitahu agak mustahil untuk dia membantu secara bersendirian. Kami tahu di mana lokasi pendaki itu.

“Kami berbincang dengan Kedutaan Malaysia untuk mengambil langkah selanjutnya,” kata jurucakap Seven Summit Treks, Thaneshwor Guragain.

Beberapa pendaki lain masih menunggu di kem terbabit dengan harapan rakan mereka dapat diselamatkan namun usaha menghantar bantuan menerusi helikopter terhalang akibat cuaca buruk.

Pendaki terbabit dikatakan kembali ke Nepal selepas menawan Everest tahun lalu.

Disiarkan pada: April 24, 2019 @ 10:32pm
d