global

Asyik bermain ular sawa

Oleh Agensi

Jakarta: Satu rakaman video yang tular di media sosial Facebook, memperlihatkan keberanian seorang kanak-kanak lelaki bermain dengan seekor ular sawa bersaiz besar di luar rumahnya.

Tribunnews.com melaporkan, rakaman dimuat naik melalui akaun Yuni Rusmini itu menunjukkan seorang kanak-kanak berbaju hitam duduk di tengah-tengah lingkaran ular sambil memanggil ayahnya yang mungkin sedang memerhatikan keselamatannya.

Dia kemudiannya mengangkat lalu mengalihkan kepala reptilia itu ke tempat lain. Perkara terbabit tidak membuatkan ia marah sebaliknya kanak-kanak itu yang menjerit gembira apabila ular sawanya tegak memandangnya.

Adakalanya, kanak-kanak itu bercakap dengan ular sawa berkenaan namun tidak dapat dipastikan butirannya.

Sewaktu ular tersebut hendak masuk ke dalam rumah, budak itu sekali lagi mengalihkan kepala ular sehingga menyebabkan dia jatuh.

Yuni Rusmini menerusi laman Facebook berkata, ular menjadi permainan kanak-kanak masa kini berbanding dahulu.

Video itu turut dilihat sebanyak 6,586 kali.

Disiarkan pada: April 25, 2019 @ 5:23pm
d