global

Pekerja polio wanita mati ditembak

Oleh Reuters

QUETTA: Seorang pekerja polio wanita menjadi sasaran penyerang apabila dia ditembak mati dalam serangan terbaru terhadap pasukan vaksin polio di Pakistan.

Jurucakap rasmi kerajaan, Samiullah Agha berkata, kejadian berlaku ketika dua penembak yang menaiki motosikal menyerang pasukan terbabit di daerah Chaman di barat daya sempadan dengan Afghanistan, lapor Reuters.

“Salah seorang pekerja Polio yang berusia sekitar 20 an, Rashida Bibi dilaporkan mati manakala rakannya pula parah,” katanya.

Pekerja polio sering menjadi sasaran termasuk Pakistan apabila sebahagian pemimpin agama menentang kempen vaksin polio yang didakwa sebagai taktik asing untuk melemahkan Islam dan menuduh pekerja itu sebagai perisik Barat.

Selain itu, dua pegawai polis yang ditugaskan mengawasi pasukan vaksin polio turut dilaporkan terbunuh dalam kejadian berasingan minggu ini, manakala seorang pekerja polio ditikam hingga mati di timur bandar Lahore.

Disiarkan pada: April 25, 2019 @ 6:41pm
d