global

24 pendatang Venezuela hilang di laut

Oleh AFP

CARACAS: Seramai 24 pendatang Venezuela hilang selepas bot nelayan yang mereka naiki ke Trinidad dan Tobago karam, kelmarin.

Timbalan polis Robert Alcala memberitahu AFP, bot itu membawa 33 penumpang dan sembilan daripadanya diselamatkan nelayan.

Bagaimanapun, kejadian itu belum disahkan pihak berkuasa Venezuela.

Menurut Alcala, bot itu berlayar dari Guiria pada Selasa dengan 25 penumpang sebelum singgah di Rio Salado untuk mengambil lebih ramai penumpang.

Biarpun belum ada laporan kematian, Alcala berkata antara penumpang terselamat yang termasuk kapten bot dan seorang wanita memberitahu ternampak mayat.

Katanya, pengawal pantai Trinidad dan Tobago sudah memulakan operasi mencari mangsa.

Disiarkan pada: April 26, 2019 @ 2:15pm
d