global

1,300 pendatang lari dari pusat tahanan

Oleh Reuters

TAPACHULA: Kira-kira 1,300 pendatang asing meloloskan diri dari pusat tahanan di selatan Mexico, petang semalam, kata pihak berkuasa tempatan.

Lebih separuh daripada jumlah itu kembali ke pusat Siglo XXI di Tapachula, Chiapas, namun sekitar 600 lagi belum dijumpai, kata Institut Migrasi Kebangsaan dalam satu kenyataan.

Pendatang dari Cuba merangkumi majoriti orang di pusat berkenaan dan mereka juga mendalangi kejadian terbabit.

Akhbar Mexico, Reforma melaporkan antara pendatang yang turut melarikan diri dari Haiti dan Amerika Tengah.

Sejak 30 hari lalu, Mexico sudah mengembalikan 15,000 pendatang susulan tekanan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk membendung pengaliran pendatang ke utara.

Disiarkan pada: April 26, 2019 @ 2:40pm
d