global

Pendaki Malaysia dilaporkan kritikal

Oleh AFP

KATHMANDU: Pendaki Malaysia yang berjaya diselamatkan selepas terkandas dua malam berhampiran puncak Gunung Annapurna, Nepal dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Pendaki terbabit, Chin Wui Kin, 48, diterbangkan ke sebuah hospital di Kathmandu pagi tadi selepas diturunkan oleh penyelamat dalam operasi berisiko semalam.

“Kadar denyutan jantung dan suhu badannya sangat rendah ketika dihantar untuk menerima rawatan. Dia mengalami hipotermia yang agak teruk dan luka beku pada tangan dan kaki.

“Keadaannya dilihat kritikal namun kami akan berusaha melakukan apa yang mampu,” kata doktor kecemasan di Hospital Mediciti, Sanji Singh.

Chin berjaya tiba di puncak gunung pada ketinggian 8,100 meter pada Selasa lalu namun gagal kembali ke kem berhampiran yang terletak kira-kira satu kilometer di bawah bersama kumpulan ekspedisinya.

Disiarkan pada: April 26, 2019 @ 7:08pm
d