global

Amuk tak dapat paha ayam

Oleh Agensi

BEIJING: Seorang wanita menikam mati suaminya menggunakan pisau pemotong daging kerana terlupa membeli paha ayam dipesan untuk makan malam.

Dalam kejadian di Lujiang, timur China itu, wanita yang hanya dikenali sebagai Luo itu berang selepas suaminya Wu Shouchun pulang dengan tangan kosong pada 13 April lalu menyebabkannya mengambil pisau dan terus menikam mangsa.

Keluarga Wu memberitahu stesen radio Anhui, Luo amat baran malah terlalu dimanjakan suaminya.

“Dia sering memukul suaminya, tetapi Wu tidak membalas,” kata sepupu mangsa.

Ibu Wu, He Changying berkata, anaknya makan dengan rakan perniagaan ketika Luo menelefon memesan makan malam. Sayangnya, Wu terlupa pesanan itu, lapor Epoch Times.

Disiarkan pada: April 26, 2019 @ 10:40pm
d