global

Nangis tengok Avengers sampai masuk hospital

Oleh Agensi

BEIJING: Seorang peminat tegar Avengers: Endgame di Ningbo, China dimasukkan ke hospital kerana tidak berhenti menangis sepanjang tiga jam menonton filem itu Rabu lalu.

Pelajar kolej dikenali sebagai Xiaoli itu menyaksikan filem terbabit bersama rakannya pada hari pertama tayangan di China.

Oleh kerana terkesan dengan babak emosi Endgame, wanita berusia 21 tahun itu menangis teresak-esak, lapor People's Daily Online,

Sebaik filem tamat, Xiaoli mula mengalami kesukaran bernafas, sakit dada, otot kekejangan selain kaki dan tangan kebas.

Doktor Hospital Mingzhou, Yuan Liyan berkata Xiaoli diberi bantuan pernafasan dan pelajar itu dibenarkan pulang pada hari sama selepas dia beransur pulih.

Disiarkan pada: April 27, 2019 @ 5:39pm
d