global

Ibu beri anak makan najis anjing

Oleh Agensi

OKLAHOMA (Amerika Syarikat): Seorang ibu didakwa atas tuduhan mengabaikan dua anaknya kerana membiarkan mereka kebuluran dan memberi makan najis anjing, lapor media tempatan.

Tulsa World melaporkan, Mary Elizabeth Moore, 34, didakwa di Mahkamah Daerah Delaware awal bulan ini selepas dua anaknya berusia tiga dan lima tahun ditemui kurus kering malah terpaksa diberi diet khas menggunakan tiub.

Menurut laporan polis, anak perempuan yang berusia lima tahun mempunyai berat 11 kilogram manakala adiknya cuma lapan kilogram, lapor Tulsa World.

Anak perempuan Mary itu juga dilaporkan memberitahu pekerja kebajikan bahawa dia diberi makan najis anjing, malah kanak-kanak itu menghidap jangkitan cacing jarum.

Kanak-kanak itu turut mengadu teman lelaki ibunya gemar membaling botol terhadap adiknya.

Disiarkan pada: April 28, 2019 @ 10:39am
d