global

Model lelaki temui ajal di pentas peragaan

Oleh AFP

SAO PAULO : Seorang model lelaki Brazil menemui ajal di pentas peragaan selepas tiba-tiba rebah pada hari terakhir Minggu Fesyen Sao Paulo (SPFW).

“SPFW baru sahaja menerima berita kematian model Tales Soares yang sakit secara tiba-tiba semasa pertunjukan Ocksa,” kata penganjur dalam satu kenyataan, tanpa memberikan punca kematian.

Media tempatan melaporkan, model berusia 26 tahun itu rebah ketika mahu berpusing meninggalkan pentas dan pasukan perubatan segera mendapatkan beliau sambil disaksikan penonton yang terkejut.

SPFW berkata, Soares dikejarkan ke hospital namun disahkan sudah meninggal dunia.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Tales,” kata SPFW manakala label fesyen Ocksa dalam satu kenyataan di Instagram berkata, seluruh pasukan amat terkejut dengan kematian Soares yang menandatangani kontrak bersama agensi modeling Base MGT.

Disiarkan pada: April 28, 2019 @ 9:56pm
d