global

Presiden Sri Lanka lantik pemangku ketua polis

Oleh Agensi

COLOMBO: Ketua Polis Sri Lanka enggan meletak jawatan susulan serangan bom berani mati minggu lalu, biarpun pemimpin negara itu sudah menamakan penggantinya.

Jumaat lalu, Presiden Maithripala Sirisena berkata, ketua polis itu, Pujith Jayasundara dilaporkan sudah meletak jawatan tetapi tidak menghantar surat rasmi.

Bagaimanapun, jurucakap kerajaan berkata, dia masih menetap di kediaman kerajaan, lapor AFP.

Sirisena menuduh Jayasundara gagal bertindak selepas menerima maklumat risikan memberi amaran kemungkinan berlaku serangan bom yang menjadikan beberapa gereja sebagai sasaran utama.

Menurut sumber kerajaan, presiden sudah mengarahkan ketua polis itu mengambil cuti wajib dan melantik orang nombor dua dalam organisasi terbabit. Chandana Wickramaratne sebagai pemangku yang berkuat kuasa hari ini.

Disiarkan pada: April 29, 2019 @ 5:28pm
d