global

Penjara 20 tahun seludup dadah di Indonesia

Oleh AFP

MATARAM: Pendakwa raya Indonesia hari ini menuntut hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang lelaki Perancis yang dituduh menyeludup dadah.

Felix Dorfin ditahan pada September lalu sambil membawa sebuah beg pakaian palsu diisi dengan empat kilogram kokain, ecstasy dan amphetamine di lapangan terbang di Lombok, Bali, kata pihak berkuasa.

Pendakwa raya utama Ginung Pratidina yang memberitahu mahkamah di Lombok, berkata Dorfin, 35, ‘secara sah dan meyakinkan’ terbukti bersalah.

Tetapi pihak pendakwa meminta hukuman penjara 20 tahun ke atasnya dan Dorfin perlu membayar denda sebanyak 10 bilion rupiah (RM2.9 juta) atau menghabiskan baki hukuman di penjara.

Tarikh keputusan belum ditetapkan.

Pengedar dadah yang dituduh itu tertunduk lalu menggelengkan kepalanya ketika hukuman dibacakan.

“Dorfin memberitahu bahawa 20 tahun penjara terlalu sukar baginya. Tetapi memandangkan semua fakta dikemukakan di mahkamah, saya jangkakan dia akan dipenjarakan kurang dari 15 tahun,” kata peguam Dorfin, Deny Nur Indra kepada AFP.

Pada Januari lalu, Dorfin menjadi tajuk utama selepas melarikan dari dari tahanan polis dan selama hampir dua minggu dia menghilang sebelum ditangkap semula.

Disiarkan pada: April 29, 2019 @ 9:32pm
d