global

Banjir buruk di Kanada paksa 10,000 orang pindah

Oleh AFP

MONTREAL: Lebih 10,000 penduduk di timur Kanada terpaksa dipindahkan ke tempat selamat selepas dilanda banjir teruk sejak beberapa hari lalu, kata pihak berkuasa.

AFP melaporkan, bandar Sainte-Marthe-sur-le-Lac adalah paling teruk terjejas apabila lebih 6,000 penduduk berpindah akibat bencana banjir terburuk sejak 2017 itu.

Operasi turut dilakukan untuk menyelamatkan haiwan peliharaan yang ditinggalkan ketika penduduk dipindahkan.

Bagaimanapun, Menteri Keselamatan Awam Quebec, Genevieve Guilbault berkata, situasi banjir itu terkawal dan air mulai surut.

“Paras air dilaporkan menurun dan kita harap dapat melindungi kawasan terbabit,” katanya.

Disiarkan pada: April 30, 2019 @ 10:38am
d