global

Pegawai kerajaan dan anak perempuan diculik

Oleh AFP

KADUNA: Seorang lelaki Nigeria bersenjata menculik seorang pegawai kerajaan dan anak perempuannya selepas merampas kereta dan membunuh pemandu mereka di lebuh raya utama ke ibu kota Abuja, kata polis.

Amuhammad Abubakar, pengerusi Suruhanjaya Pendidikan Asas Universal Nigeria yang berusaha meningkatkan mutu pengajaran sekolah, diculik petang semalam bersama anak perempuannya.

“Operasi menyelamat masih berlangsung,” kata jurucakap polis Kaduna, Yakubu Sabo.

Serangan penculikan terbaru itu berlaku berhampiran Kurmin Kare di selatan bandar Kaduna di jalan utama ke Abuja.

Disiarkan pada: April 30, 2019 @ 10:09pm
d