global

FAA larang terbang bawah 26,000 kaki di Venezuela

Oleh Reuters

WASHINGTON: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) melarang pesawat dikendalikan syarikat penerbangan Amerika Syarikat dari terbang di bawah 26,000 kaki di ruang udara Venezuela kerana ketegangan politik di negara itu.

Notis itu turut mengarahkan mana-mana penerbangan termasuk jet peribadi yang berada di Venezuela segera meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam.

Semalam, ketua parti pembangkang Venezuela, Juan Guaido meminta tentera membantu dia memecat presiden Nicolas Maduro.

Mac lalu, American Airlines Group Inc berkata, syarikat itu menggantung penerbangan ke Venezuela disebabkan pergolakan yang berlaku di negara berkenaan.

Disiarkan pada: May 1, 2019 @ 11:55am
d