global

Penemuan bom tiada kaitan serangan Christchurch

Oleh AFP

WELLINGTON: Penemuan bom di sebuah tanah lapang di Christchurch, semalam didapati tiada kaitan dengan insiden tembakan rambang di dua masjid, Mac lalu.

Polis dan skuad pemusnah bom menemui peranti letupan dan peluru di lokasi kejadian yang terletak di luar pusat bandar.

Justeru, seorang lelaki berusia 33 tahun dihadapkan di mahkamah hari ini atas tuduhan memiliki bahan letupan, peluru dan senjata api.

“Polis mendapati insiden itu tidak membabitkan individu lain.

“Lelaki berusia 33 tahun itu juga tiada kena mengena dengan serangan Christchurch pada 15 Mac lalu,” kata Inspektor Corrie Parnell dalam satu kenyataan.

Media tempatan mendedahkan nama suspek adalah Jay Michael Harding-Reriti dan ditahan reman sehingga 6 Mei ini.

Disiarkan pada: May 1, 2019 @ 3:57pm
d