global

41 maut pesawat Rusia terbakar [METROTV]

Oleh AFP

MOSCOW: Seramai 41 penumpang termasuk dua kanak-kanak terbunuh apabila sebuah pesawat Rusia terbakar selepas membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo, petang semalam.

Rakaman video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan api marak di bahagian belakang pesawat Aeroflot ketika mendarat.

Penumpang dilihat menyelamatkan diri menggunakan gelongsor kecemasan di pintu hadapan pesawat Sukhoi Superjet-100 itu.

Jawatankuasa Penyiasatan dalam satu kenyataan berkata pesawat itu membawa 78 penumpang termasuk lima anak kapal dalam perjalanan ke bandar Murmansk.

“Berdasarkan maklumat terkini, seramai 37 penumpang terselamat,” katanya.

Menteri Kesihatan Dmitry Matveyev berkata 11 penumpang cedera.

Menurut pihak berkuasa, anak kapal melaporkan wujud masalah sebaik jet itu berlepas dari Sheremetyevo pada jam 6.02 petang waktu tempatan sebelum membuat pendaratan kecemasan pada 6.30 petang.

Disiarkan pada: May 6, 2019 @ 10:57am
d