global

55 maut lori tangki meletup

Oleh AFP

NIAMEY: Seramai 55 orang terbunuh di Niamey, Nigeria semalam apabila sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak terbalik sebelum meletup ketika orang ramai mengutip bahan bakar terbabit yang tertumpah di atas jalan raya.

Letupan berlaku di laluan RN1 berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Niamey, hingga menyebabkan serpihan trak, motosikal berselerakan di atas jalan raya selain rumah berhampiran rosak akibat terbakar.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, jumlah mangsa yang maut ialah 55 orang dan 36 yang lain cedera.

Saksi memberitahu, lori tangki berkenaan pada mulanya terbabas dan terbalik di jalan raya selepas terbabit dalam satu kemalangan.

“Semasa kejadian, penunggang motosikal dan orang ramai sedang mengerumuni trak itu sebelum ia meletup secara tiba-tiba.

“Saya menyaksikan sekurang-kurangnya 40 terbunuh,” kata saksi.

Seorang lagi saksi berkata, orang ramai dilihat cuba mengutip tumpahan minyak yang bocor dari lori yang terbabas sebelum letupan berlaku.

Disiarkan pada: May 6, 2019 @ 10:33pm
d