global

Pakistan tahan 8 warga China seludup 'pengantin'

Oleh AFP

LAHORE: Pakistan menahan sekurang-kurangnya lapan warga China kerana didakwa menipu gadis muda Pakistan dengan perkahwinan palsu dan memaksa mereka melacur di China, kata pihak berkuasa semalam.

Jurucakap Agensi Siasatan Persekutuan Pakistan (FIA) berkata, empat warga Pakistan turut ditahan kerana bersubahat dengan tujuan mempermudahkan perkahwinan palsu.

“Lebih ramai dijangka akan ditahan selama siasatan diteruskan,” katanya.

Tangkapan itu dibuat seminggu selepas Human Rights Watch (HRW) berkata, Pakistan seharusnya bimbang dengan laporan terbaharunya mengenai pemerdagangan wanita dan gadis negara itu ke China.

Katanya, amaran itu agak sama dengan corak pemerdagangan ‘pengantin perempuan’ ke China dari sekurang-kurangnya lima negara Asia.

Disiarkan pada: May 7, 2019 @ 9:32pm
d