global

Maut dibaham ketika buang air

Oleh Agensi

NEW DELHI: Lelaki berusia 45 tahun maut dibaham harimau bintang ketika membuang air besar, dalam serangan terbaru haiwan ganas itu di India.

Daily Mail melaporkan, Ram Swaroop Meena diserang haiwan itu di daerah Alwar, Rajasthan pada Sabtu lalu namun mayatnya hanya ditemui pada keesokan hari di kampung Kishori, Thanagazi Tehsil.

Dia disahkan mati akibat diserang harimau bintang berdasarkan kesan tapak tangan ditemui berhampiran mayatnya.

Pihak berkuasa kini memasang perangkap untuk menangkap harimau terbabit.

Dalam kejadian sebelum ini, haiwan itu dilaporkan membaham bayi sembilan bulan hingga terputus badan selepas dilarikan dari buaian ketika tidur sebelah ibunya bulan lalu.

Mangsa, Dhaval Rathwa diserang ketika tidur di rumahnya di Zari kira-kira jam 4 pagi pada 16 April lalu.

Disiarkan pada: May 8, 2019 @ 9:23pm
d