global

Tarian gembira Ahmad Sayed curi perhatian

Oleh Agensi

KABUL: Seorang kanak-kanak Afghanistan menyentuh perasaan netizen apabila dia dirakam menari di sebuah hospital di Kabul kerana mendapat kaki palsu hingga menjadi tular di media sosial.

Daily Mail melaporkan, Ahmad Sayed Rahman yang berusia lima tahun itu pernah ditembak pada kaki ketika berusia lapan bulan dalam pertempuran antara tentera Afghanistan yang disokong Amerika Syarikat dan Taliban.

Gelagat ceria kanak-kanak itu dimuat naik di laman Twitter pada Isnin lalu dan videonya mendapat sebanyak 1 juta tontonan.

Dia menggunakan kaki palsu sejak berusia setahun namun ia perlu ditukar setiap tahun disebabkan keadaannya yang semakin membesar.

“Dia sentiasa menari dan menunjukkan betapa gembiranya dia apabila mendapat sepasang kaki palsu,” kata ibunya, Rayessa di pusat ortopedik Bulan Sabit Merah di ibu kota Afghanistan.

Disiarkan pada: May 9, 2019 @ 8:54pm
d