global

Nak berjimat katanya...

Oleh Agensi

SYDNEY: Seorang wanita yang obses menjimat duit mendedahkan hanya membelanja kurang daripada AUD$10 (RM29) untuk setiap hidangan bagi lapan anggota keluarga.

Christine Kolar dari Noarlunga, Australia Selatan mula mengawal perbelanjaan isi rumah selepas melahirkan anak keenam.

“Kami dapat jimat ribuan dolar dengan merancang perbelanjaan barang dapur. Saya mensasarkan untuk menyediakan makanan di bawah $10 saja,” katanya kepada FEMAIL.

Wanita berusia 41 tahun itu berkata sudah bertahun berjimat cermat, namun mengakui ada kalanya berbelanja melebihi jumlah itu.

“Kami mengamalkan makanan ringkas atau daging biasa dan tiga jenis hidangan sayur. Makanan ringkas lebih dihargai dan semua orang kenyang,” katanya.

Berkongsi petuanya, Christine memberitahu membeli-belah barang dapur pada jam 2 petang dan sehari sebelum cuti umum kerana pasar raya menawarkan diskaun.

Christine berkata dia hanya membeli produk paling murah dan daging yang sudah diturunkan harga.

Disiarkan pada: May 10, 2019 @ 9:54pm
d