global

180,000 solat Jumaat di Masjid al-Aqsa

Oleh AFP

BAITULMAQDIS: Kira-kira 180,000 umat Islam bersolat Jumaat kali pertama di bulan Ramadan di Masjid al-Aqsa hari ini, kata agensi yang mengendalikan tempat suci itu.

AFP yang memetik pertubuhan Wakaf berkata bilangan jemaah kali ini meningkat 50 peratus berbanding tahun lalu apabila kira-kira 120,000 menyertai solat Jumaat Ramadan pertama.

Ketua Pengarah Wakaf, Azzam al-Khatib berkata, jemaah tetap hadir biarpun terdapat kawalan keselamatan dan pemeriksaan yang ketat.

Bagaimanapun katanya, solat Jumaat berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Kawasan yang dikawal Israel itu adalah masjid ketiga paling suci bagi umat Islam

dan sering menjadi konflik antara Israel dan Palestin.

Disiarkan pada: May 10, 2019 @ 10:21pm
d