global

Mahu wajah macam Irene, Yoona dan Jennie

Oleh Agensi

SEOUL: Wajah persis bintang K-pop Irene, Yoona dan Jennie menjadi pilihan wanita Korea Selatan yang melakukan pembedahan plastik.

Pakar bedah terkenal, Kim Jong-myung mendedahkan ramai pelanggannya ingin kelihatan seperti tiga idola itu, lapor The Korea Times.

“Anggota Red Velvet, Irene pilihan utama pelanggan diikuti Yoona dari Girls Generation dan penyanyi Blackpink, Jennie,” katanya pada program bual bicara Video Star, Selasa lalu.

Menurut Kim, Irene mempunyai wajah sempurna manakala Yoona memiliki kecantikan sepanjang masa dan Jennie pula mempunyai aura unik.

Kata abang kepada penyanyi Kim Jong-kook itu, wajah pelakon wanita Song Hye-kyo, Kim Tae-hee, Han Ye-seul dan Shin Min-a pernah diidamkan pelanggannya.

“Saya hanya mencadangkan pembedahan kosmetik kepada orang yang mahu memperbaiki kekurangan pada wajah mereka. Namun, kesihatan harus diutamakan dulu sebelum pembedahan dilakukan,” katanya.

Disiarkan pada: May 10, 2019 @ 10:27pm
d