global

Gempa 5.3 di Iraq

Oleh Reuters

SULAIMANIYA: Gempa bumi dengan 5.3 magnitud berlaku di bandar Kurdis Sulaimaniya, Iraq, lapor Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Menurut media tempatan, tiada kecederaan dilaporkan dan pihak berkuasa berkata, tiada kerosakan material yang teruk. Menurut USGS, gempa berlaku 71 kilometer di tenggara bandar itu dengan kedalaman 10 kilometer.

Pejabat pemantau seismik Sulaimaniya berkata, gempa berlaku berhampiran pekan Darbandikhan dan turut dirasai di beberapa pekan berhampiran.

Laporan media di negara jiran, Iran berkata, gempa itu mempunyai 5.1 magnitud dan turut menggegarkan bandar sempadan Ezgeleh, namun tiada kerosakan dilaporkan setakat ini.

Disiarkan pada: May 11, 2019 @ 8:11pm
d