global

Bintang K-pop mengaku salah rakam aksi seks

Oleh Agensi

SEOUL: Penyanyi dan penulis lirik K-pop, Jung Joon-young mengaku bersalah atas tuduhan merakam secara rahsia dan berkongsi video dirinya melakukan hubungan seks dengan beberapa wanita dalam ruang sembang atas talian dan mahu membuat penyelesaian dengan mangsa, ketika mahkamah mula mendengar kesnya kelmarin.

The Jakarta Post melaporkan, Jung, 30, didakwa dengan tuduhan merakamkan dirinya melakukan seks dengan beberapa wanita dan berkongsi rakaman itu 11 kali di ruang sembang yang menyaksikan bekas anggota kumpulan Big Bang, Seungri dan bekas anggota FT Island, Choi Jong-hoon, juga disyaki berkongsi gambar wanita yang diambil secara haram.

Jung tidak perlu hadir pada sesi pendengaran awal, tetapi dia muncul memakai sut hitam.

Pada awalnya Jung menafikan dakwaan itu, tetapi kini mahu mencari penyelesaian dengan mangsa video seks yang dirakamkan tanpa izin itu.

Dalam kes berasingan, Jung juga disiasat kerana didakwa terbabit dalam dua kes rogol beramai-ramai seorang wanita pada 2016. Dia disyaki merogol wanita itu bersama-sama Choi, yang ditahan lewat Khamis lalu atas tuduhan itu.

Pendakwaan dijangka memutuskan sama ada untuk mendakwanya selepas siasatan lanjut.

Disiarkan pada: May 12, 2019 @ 11:59am
d