global

Rampas ketamin RM87.44 juta

Oleh AFP

Hanoi: Polis Vietnam merampas setengah tan dadah jenis ketamin bernilai AS$21 juta (RM87.44 juta) yang disembunyikan di dalam mesin di Ho Chi Minh City.

Ho Chi Minh City menyaksikan sejumlah besar dadah sintetik dirampas sejak beberapa minggu lalu ketika penyeludup menjadi ia hab transit penting dengan menggunakan pelabuhan dan pengangkutan udara untuk menyeludup dadah ke seluruh rantau ini.

Akhbar Thanh Nien hari ini melaporkan, tiga rakyat Taiwan dan seorang lelaki China ditangkap dalam serbuan berkenaan di sebuah gudang semalam.

Dalam serbuan berkenaan, lebih 500 kilogram ketamin ditemui disembunyikan dalam beberapa mesin gred industri.

Polis dilaporkan menjalankan siasatan dan risikan selama beberapa bulan sebelum membuat serbuan berkenaan.

Lapor akhbar itu lagi, dadah itu diseludup masuk ke Vietnam dan mahu diseludup ke Taiwan.

Menurut laporan media, dadah itu dipercayai diseludup dari China menggunakan kapal.

Disiarkan pada: May 13, 2019 @ 2:16pm
d