global

Bukan nak menunjuk lah...

Oleh Agensi

BEIJING: Seorang lelaki memberitahu dia bukan mahu menunjuk-nunjuk kekayaannya selepas hadir ke sekolah rendah anaknya dengan menaiki helikopter.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Chen memberitahu Btime.com, dia dijemput ke sekolah anaknya untuk menghadiri karnival sains dan teknologi serta memberi kesedaran kepada murid mengenai bidang penerbangan.

Chen adalah pemilik sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan menyewa helikopter di Beijing.

Beberapa gambar dan video menunjukkan helikopter yang dinaikinya mendarat di perkarangan sekolah menimbulkan khabar angin bahawa Chen menghantar anak perempuannya ke sekolah menaiki pesawat itu kerana lambat.

Ramai pengguna media sosial juga menuduh Chen mahu menunjuk-nunjuk kekayaannya.

Disiarkan pada: May 14, 2019 @ 12:14pm
d