global

9 terperangkap bangunan runtuh

Oleh AFP

SHANGHAI: Sembilan orang dilaporkan terperangkap selepas bangunan pusat jualan kenderaan runtuh yang dalam proses pengubahsuaian, runtuh dalam kejadian di Shanghai, China, hari ini.

Bagaimanapun, anggota penyelamat berjaya mengeluarkan 11 mangsa daripada insiden runtuhan yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu, lapor AFP.

Kejadian disahkan oleh biro penyelamat kebakaran, Kementerian Pengurusan Kecemasan China di akaun media sosial.

Beberapa gambar di tempat kejadian turut dimuat naik di akaun media sosial itu yang menunjukkan beberapa pekerja pembinaan berlumuran darah dan debu dikeluarkan dari lokasi runtuhan.

Biro itu bagaimanapun tidak menyatakan sama ada terdapat mangsa yang maut dan butiran mangsa yang cedera serta mereka yang diselamatkan.

Bangunan itu sebelum ini menempatkan pusat jualan kereta Mercedez-Benz.

Disiarkan pada: May 16, 2019 @ 5:56pm
d