global

Tokoh arkitek moden meninggal dunia

Oleh AFP

NEW YORK: Arkitek terkemuka Amerika Syarikat, I.M. Pei, yang menghasilkan rekaan Muzium Louvre meninggal dunia pada usia 102 tahun semalam, kata firma seni bina anak lelakinya.

Selain muzium terkenal Paris itu, Pei, yang lahir di China juga mereka bentuk menara Bank of China setinggi 72 tingkat di Hong Kong dan Muzium Seni Moden di Athens, hasil kerja yang dilihat sebagai memasukkan ciri moden dengan ciri sejarah.

Di Amerika Syarikat, Pei terkenal dengan rekaan East Building di Galeri Seni Kebangsaan di Washington.

“Arkitek kontemporari cenderung memasukkan ciri moden ke atas sesuatu. Ada sentuhan sejarah tetapi ia tidak mendalam.

“Saya faham masa sudah berubah, kita sudah berkembang. Namun saya tidak mahu melupakan sesuatu permulaan.

“Seni bina yang berpanjangan perlu ada akarnya,” kata Pei dalam temubual dengan The New York Times pada 2008.

Disiarkan pada: May 17, 2019 @ 10:20am
d