global

Wartawan kelima dibunuh di Mexico

Oleh AFP

PLAYA DEL CARMEN: Seorang wartawan dibunuh di bandar peranginan di pantai Caribbean di Mexico semalam selepas menerima ancaman maut, kata pihak berkuasa.

Francisco Romero adalah wartawan kelima dibunuh di salah satu negara paling bahaya kepada media.

Wartawan jenayah, Romero, yang menyertai program perlindungan kerajaan untuk wartawan dan aktivis, ditemui mati di luar kelab malam di Playa del Carmen, menurut pendakwa di negeri Quintana Roo.

Pejabat pendakwa raya negeri membuka siasatan kes bunuh, malah Romero memfailkan aduan pada 12 April lalu berhubung ancaman bunuh diterimanya.

Tahun lalu, ia menyenaraikan negara berkenaan sebagai negara ketiga paling bahaya di dunia kepada media, selepas Afghanistan dan Syria.

Disiarkan pada: May 17, 2019 @ 11:03am
d