global

Bekas ejen CIA dipenjara 20 tahun

Oleh AFP

WASHINGTON: Bekas pegawai Agensi Perisikan Pusat (CIA) dijatuhi hukuman penjara 20 tahun semalam kerana mengintip untuk China.

Kevin Mallory, 62, disabitkan menurut Akta Pengintipan kerana menjual maklumat pertahanan sulit Amerika Syarikat kepada ejen perisikan China pada harga AS$25,000 (RM104,000) ketika lawatan ke Shanghai pada Mac dan April 2017.

“Matlamat anda adalah mendapat maklumat dan matlamat saya mendapatkan bayaran,” katanya kepada ejen Cina berkenaan dalam mesej pada 5 Mei 2017.

Dia yang fasih berbahasa Mandarin, pernah berkhidmat dengan tentera Amerika Syarikat, kemudian sebagai ejen khas bagi perkhidmatan keselamatan Jabatan Negara, sebelum menjadi pegawai sulit CIA.

Mallory antara pegawai Amerika Syarikat dengan akses keselamatan tahap tertinggi yang ditahan dan didakwa kerana berhubung dengan perisikan China.

Disiarkan pada: May 18, 2019 @ 11:45am
d